02/10/2012 ( SELASA ) - 9.30AM
SKJU3FC ( 0 ) VS SJK(T) SG RENGGAM (1)
Perlawanan sengit menentang Pasukan SJK(T) SUNGAI RENGGAM berkesudahan SKJU3FC tewas tipis kepada pihak lawan, 0 - 1. Keseluruhan perlawanan dikuasai pasukan SKJU3FC, namun kelekaan pertahanan pada babak kedua memberi ruang kepada pihak lawan menjaringkan gol. Selepas ketinggalan, pasukan SKJU3 melancarkan serangan bertalis arus, namun ketiadaan penyudah berkesan dan ketangkasan penjaga gol pihak lawan memaksa pasukan SKJU3 akur dengan kekalahan tersebut. SJK(T) SG RENGGAM merupakan pasukan terkuat dalam kumpulan B yang memiliki beberapa pemain yang berkualiti di samping bermain dengan disiplin sepasukan.
03/10/2012 (RABU) - 12.00PM
SKJU3FC (2) VS SK SEKSYEN 27(1) (0)
Perlawanan yang berlangsung di bawah terik matahari sedikit mengganggu para pemain. Lebih-lebih lagi, pasukan SK SEKSYEN 27 (1) memiliki motivasi di sebalik keputusan menang percuma dengan kiraan jaringan 2 - 0 pada perlawanan pertama semalam selepas ketidakhadiran pasukan SK SEKSYEN 6. Permainan SKJU3FC sedikit perlahan berbanding persembahan pada perlawanan pertama semalam. Pada separuh masa pertama, SKJU3FC berjaya mendahului pihak lawan hasil jaringan sendiri seorang pemain lawan yang menampan bola rembatan MUHAMAD AIMAN MUHAMMAD. Jaringan kemudian digandakan oleh MUHAMMAD IQMAN AZAMAN hasil daripada rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti. Pada separuh masa pertama, bola hanya sekadar berlegar di dalam kotak pihak lawan. Pada separuh masa kedua, pasukan SKJU3 berpeluang menambah gol, namun barisan penyerang gopoh di hadapan gol. Keputusan lain dalam Kumpulan B, SJK(T) SG RENGGAM menewaskan SK SEKSYEN 6 dengan jaringan 3 - 0 .
04/10/2012 (KHAMIS) - 12.00PM
SKJU3FC (4) VS SK SEKSYEN 6 (1)
Perlawanan berlangsung dalam hujan lebat. Sebelum sepak mula, pasukan SKJU3FC diberi sedikit "suspen" apabila SJK(T) SUNGAI RENGGAM tewas mengejut kepada SK SEKSYEN 27 (1). Bermakna, ketiga-ketiga pasukan berpeluang layak ke pusingan ke-2. Lebih menjadi "suspen" SKJU3FC ketinggalan di belakang pada separuh masa kedua. Walaupun keseluruhan permainan dikuasai oleh SKJU3FC, hasil kesilapan pemain tertampan bola di luar kotak penalti, memberi peluang kepada SK SEKSYEN 6 mendahului. Pada separuh masa kedua, sedikit rombakan telah dilakukan dengan menggantikan pemain di posisi bek kanan dan sayap kiri. Hasil percaturan ini membuahkan hasil apabila MUHAMAD AIMAN MUHAMMAD berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan dari luar kotak penalti. Jaringan kemudian berganda apabila MUHAMMAD IQMAL AZAMAN menjaringkan gol kedua, juga hasil rembatan di luar kotak penalti. Permainan menjadi bertambah rancak dengan SKJU3FC terus melancarkan serangan bertali arus. Hasilnya, dua gol lagi disumbangkan oleh AKMAL AZIM MOHD ALI dan FAKHRUL IMAN.
Dengan kemenangan ini, pasukan SKJU3FC mencatat sejarah layak ke pusingan ke-2 buat julung-julung kalinya. Lebih manis lagi bergelar juara KUMPULAN B hasil daripada perbezaan jaringan. Keputusan perlawanan lain dalam KUMPULAN B, SK SEKSYEN 27(1) menewaskan SJK(T) SG RENGGAM 1-0.
Berikut kedudukan dalam KUMPULAN B:
PASUKAN
|
P
|
M
|
S
|
K
|
J
|
B
|
MT
|
+ / -
|
SK JALAN U3
|
3
|
2
|
0
|
1
|
6
|
2
|
6
|
+4
|
SJK(T) SG RENGGAM
|
3
|
2
|
0
|
1
|
4
|
1
|
6
|
+3
|
SK SEKSYEN 27(1)
|
3
|
2
|
0
|
1
|
3
|
2
|
6
|
+1
|
SK SEKSYEN 6
|
3
|
0
|
0
|
3
|
1
|
9
|
0
|
-8
|
No comments:
Post a Comment