SKJU3 FOOTBALL CLUB...
Awal Penubuhan (2009)
Ditubuhkan pada tahun 2009 selepas penubuhan Sekolah Kebangsaan Jalan U3. Pada awal penubuhan kelab ini, rata-rata pemainnya berumur 9 dan 10 tahun. Jurulatih pertama bagi skuad ini ialah Cikgu Mokhsin dan Cikgu Azlin. Diawal kemunculan ini, pasukan ini dianggap pasukan lemah.
2010
Selepas kedua-dua jurulatih ini berpindah sekolah pada tahun 2010, teraju kejurulatihan telah diambil oleh Cikgu Mohd Jamalizam dan Cikgu Shahir. Pencapaian pasukan ini pada tahun 2010 sedikit meningkat, namun masih dianggap pasukan belasahan di Zon MBSA A yang terdiri daripada pasukan Sk Subang Bestari, Sk Taman Bukit Subang, Sk TTDI Jaya, Sjk (T) Glenmarie, Sk TUDM Subang, Sk Bukit Jelutong dan Sk Subang.
2011
Pada tahun 2011, pasukan kejurulatihan pasukan ini bertambah dengan kemasukan Cikgu Ikram. Pencapaian pasukan juga bertambah meningkat dengan memperoleh kejayaan tempat keempat peringkat Zon 3 MSDD Petaling dan Ketiga kejohanan jemputan Milo "Learn More Play More". Pada tahun ini juga, pasukan ini telah menyertai pertandingan jemputan Sapura Smart School di mana pasukan ini berjaya mara ke pusingan kedua.
2012
Bagi memantapkan lagi pasukan ini, tenaga jurulatih ditambah kepada 4 orang. Diketuai oleh Cikgu Mohd Jamalizam selaku Pengurus merangkap jurulatih penjaga gol. Jurulatih skuad utama kini telah disandang oleh Cikgu Ikram dan Ustaz Muhammad Rafik. Untuk pembangunan pasukan yang lebih berdaya saing pada masa hadapan, pasukan ini juga telah mewujudkan pasukan pelapis dari kalangan murid tahun 4 yang dilatih oleh Cikgu Shahir. Pada tahun ini, beberapa rangka program pembangunan bola sepak akan dijalankan. Antara kejohanan yang akan disertai oleh SKJU3 F.C ialah Kejohanan MSSD, Piala Raja Muda Selangor, Tunas Olimpik serta kejohanan-kejohanan jemputan.
No comments:
Post a Comment